Buruh mengaku bersalah langgar SJR  - Utusan Malaysia

Buruh mengaku bersalah langgar SJR 

CHEW Chong Teck didakwa atas tiga pertuduhan melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Nerus hingga membahayakan nyawa orang awam, Khamis lalu.

Tertuduh, Chew Chong Teck, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret  Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa tidak mematuhi arahan pihak polis untuk berhenti di SJR di samping melakukan perbuatan khianat terhadap papan tanda bertulis ‘laluan frontliner sahaja’, ‘awas pemeriksaan polis’ dan berhenti pemeriksaan polis’.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa  memandu dengan gopoh  hingga membahayakan nyawa orang awam.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di SJR Bukit Jong di Batu Rakit, Kuala Nerus, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Chong Teck didakwa mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Mohd. Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian mengarahkan Chong Teck menjalani ujian psikiatri di Hospital Permai di Tampoi, Johor dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Ogos ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman menimbulkan kekecohan apabila memecut laju kenderaannya hingga melanggar sembilan lampu isyarat dan tiga SJR dari Bukit Jong hingga ke Kilometer 30, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Bukit Perah, Ajil di Hulu Terengganu.

Tertuduh yang tidak memakai apa-apa pakaian itu turut melanggar tiga kenderaan termasuk dua motosikal dengan seorang penunggang parah. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya