"Bukan cerita sedih atau dongeng, tapi saya takut azab Allah…" -Hafiz Suip - Utusan Malaysia

“Bukan cerita sedih atau dongeng, tapi saya takut azab Allah…” -Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Hafiz Suip, membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya dia ada melakukan salah silap kepada mana-mana pihak sebelum ini.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, penyanyi lagu Awan Nano tersebut membuat permohonan maaf sementelah takut akan azab Allah kepadanya apabila meninggal kelak.

“Saya memohon maaf atas apa yang telah dilakukan kepada anda semua jika kecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam tersimpan selama ini, maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau dongeng, tapi hakikatnya saya takut azab Allah di mana satu hari apabila mati, saya akan dihisab,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut meminta kepada warganet agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya. Malah, dia juga memberi nasihat, jika ada masalah segeralah mengingati kepada yang Maha Esa.

“Saya tidak adalah minta lebih, cuma doakan yang baik serta minta kalian bermodalkan lima minit sahaja. Ada masalah, dua rakaat minta dengan Allah itu sahaja.

“Jangan harapkan makhluk, maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun kerana yang menggerakkan kita adalah Dia juga. InshaAllah, hati tenang pasti jumpa solusi,” coretnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya