Brisbane tuan rumah Sukan Olimpik 2032 - Utusan Malaysia

Brisbane tuan rumah Sukan Olimpik 2032

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengumumkan Brisbane sebagai tuan rumah Olimpik 2032 pada sesi mesyuarat badan induk itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Brisbane dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032 sekaligus menjadi bandar ketiga di Australia menjadi penganjur selepas Melbourne dan Sydney.

“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dengan ini mengumumkan penganjuran temasya Olimpik ke-35 diberikan kepada Brisbane, Australia,” kata Preisden IOC Thomas Bach selepas sesi undian di Tokyo.

Australia menjadi tuan rumah Olimpik dua kali iaitu Melbourne pada 1956 dan Sydney 2000.

Pengumuman itu disambut meriah delegasi Brisbane yang hadir dan diraikan dengan pertunjukan bunga api oleh orang ramai yang menunggu keputusan undian di bandar terbabit.

Kejayaan Brisbane sudah dijangka selepas muncul calon tunggal untuk tuan rumah 2032 dan turut mendapat sokongan padu 15 ahli lembaga eksekutif IOC pada Jun lalu.

Keputusan itu bermakna IOC sudah mengesahkan tuan rumah tiga Sukan Olimpik selepas ini iaitu Paris pada 2024 dan Los Angeles menjadi penganjur temasya 2028.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya