PORT DICKSON: Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terkunci selama 10 minit dalam kenderaan milik bapanya di Taman Negeri, dekat sini pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.58 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian. “Setibanya di lokasi kami mendapati seorang bayi terperangkap di dalam sebuah kereta Honda Jazz. “Tindakan pantas anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci pintu berjaya mengeluarkan bayi tersebut dengan selamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya