BN nafi keluar kenyataan - Utusan Malaysia

BN nafi keluar kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) menafikan kewujudan satu surat yang menggunakan logo dan alamat seperti tersebar dan viral hari ini.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Shafri Ab. Aziz memaklumkan, sebarang kenyataan hanya dikeluarkan melalui melalui Pengerusi atau Setiausaha Agung parti.

“Selain itu ia hanya dikeluarkan melalui saluran komunikasi parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan menggunakan logo BN yang didakwa memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan itu memaklumkan semua ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu merupakan hasil perjumpaan yang dipengerusikan Ismal Sabri bersama seramai 40 Ahli-Ahli Parlimen BN.

Katanya, semua Ahli Parlimen BN menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya