TOKYO: Kristian Blummenfelt dari Norway meraih pingat emas dalam acara triathlon Sukan Olimpik Tokyo selepas permulaan acara itu dibatalkan.
Pemenang pingat emas pertama triathlon dari Norway berusia 27 tahun itu merekodkan masa 1jam 45minit 4 saat sebelum meraikan kemenangan di garisan penamat dengan merebahkan badannya.
Jack Yee dari Britai meraih pingat perak manakala Hayden Wilde dari New Zealand meraih pingat gangsa.
Permulaan perlumbaan agak kelam kabut apabila dua pertiga daripada 56 peserta terjun ke dalam air bagi memulakan disiplin renang sebelum ia dibatalkan.
Ia disebabkan bot media yang merakamkan peserta di garisan permulaan sebelum terjum ke dalam air bagi memulakan perlumbaan renang di laut terbuka sejauh 1.5km.
Peamndu bot berkenaan tidak sedar yang siren sudah dibunyikan untuk perlumbaan dimulakan.
Yee dirakamkan hampir dilanggar bot yang bertindak mengundur secara berbahaya ketika atlet berada di dalam laut.
Ia merupakan kali pertama triathlon dipertandingkan selepas Sydney 2000 dan ia dibayangi insiden berbahaya.-AFP