Bisnes tutup: Ratusan haiwan peliharaan mati - Utusan Malaysia

Bisnes tutup: Ratusan haiwan peliharaan mati

BANYAK haiwan peliharaan mati selepas kedai menjual haiwan itu ditutup ekoran pelaksanaan perintah berkurung di Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Ratusan haiwan mati di sebuah pasar terbesar yang menjual haiwan peliharaan setelah perniagaan-perniagaan dipaksa tutup semasa tempoh perintah berkurung di Bangladesh.

Berita Mediacorp melaporkan, ini menyebabkan pemilik kedai di pasar yang terletak di Dhaka itu dan juga aktivis hak asasi haiwan menjadi marah.

“Kami perlu terus membuka pintu (bagi perniagaan) supaya haiwan-haiwan itu tidak menderita,” kata pemilik kedai, Mohammad Polash kepada AFP.

Sekitar 400 burung dan puluhan anjing, kucing, arnab, tikus dan tikus belanda mati sejak pasar itu ditutup pada 1 Julai, menurut Rahman Shikder, seorang jurucakap bagi persatuan pemilik kedai di pasar Katabon itu.

“Sekurang-kurangnya 20 peratus haiwan kami sudah mati,” tambah beliau.

Selepas kematian itu menjadi tumpuan berita di negara tersebut, pihak pemerintah pada Rabu mengarahkan polis agar membenarkan 75 peniaga di pasar haiwan peliharaan itu membuka kedai mereka selama dua jam pada sebelah pagi dan dua jam pada sebelah petang.

Aktivis hak asasi haiwan menuduh pemilik kedai menyimpan haiwan-haiwan peliharaan itu dalam keadaan yang membahayakan nyawa.

“Tempat-tempat seperti Katabon tidak seharusnya wujud pun,” menurut ketua kumpulan hak haiwan Obhoyaronno, Rubaiya Ahmad kepada AFP.

“Haiwan-haiwan di sana sudahpun disimpan dalam keadaan tidak berperikemanusiaan dan memang tidak mengejutkan jika ia mati dalam keadaan teruk sebegitu,” tambah beliau. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya