Bicara kes Shahrir gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN didengar 6 April 2022 - Utusan Malaysia

Bicara kes Shahrir gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN didengar 6 April 2022

MAHATHIR
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), didengar bermula 6 April tahun depan.

Perbicaraan di hadapan Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh itu dijadualkan didengar pada tarikh-tarikh berlainan pada bulan April dan Mei.

Tarikh-tarikh pada bulan April ialah (6-8), (11-14) dan 18 hingga 21 manakala tarikh selanjutnya ialah pada 17, 18, 19, 23, 24 dan 25 Mei 2022.

Tarikh-tarikh tersebut ditetapkan pada sesi pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Azizah Jaafar yang turut menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 11 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak media oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali yang hadir pada prosiding itu bersama-sama Rasyidah Murni dan Natrah Fareha Rahmat manakala peguam Syahrul Syazwan Saleh mewakili Shahrir.

Shahrir, 71, dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013.

Perbuatan itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Shahrir dituduh melakukan kesalahan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya