‘Biar saya saja yang tahu’ – Asmidar - Utusan Malaysia

‘Biar saya saja yang tahu’ – Asmidar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Asmidar memaklumkan dia tidak begitu terlalu fokus dalam mencari teman hidup sejak dulu lagi.

Bagaimanapun, katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, ketika ini dia lebih memberi perhatian terhadap dirinya sendiri terlebih dahulu.

“Saya memang tidak mencari dari dulu, kalau jumpa ada, adalah…. Sekarang ini lebih fokus kepada diri sendiri untuk keluarga dan kerjaya. Dalam erti kata lain juga, saya lebih mencari dan mengenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain dulu,” ujarnya.

Menyentuh ciri-ciri keperibadian calon peneman hidup, penyanyi popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang ini tidak menafikan mahu yang baik-baik seperti mana insan lain mengharapkan pada pasangannya.

“Mestilah mahukan yang baik, bertanggungjawab dan memahami. Klise bukan (tertawa kecil)? Tetapi spesifiknya biar saya sajalah yang tahu,” jelasnya.

Sebagai informasi, Asmidar pernah mempunyai kekasih namun jodoh tidak berpanjangan apabila pasangannya dijemput Ilahi pada penghujung Disember 2012 akibat nahas dalam kemalangan jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya