Beting pasir punca Teluk Intan 'tenggelam' - Utusan Malaysia

Beting pasir punca Teluk Intan ‘tenggelam’

SAIDIN Shaari (tengah) ketika meninjau beting pasir yang terbentuk di muara Sungai Perak dekat Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pembentukan beting pasir di muara Sungai Perak di sini dikenal pasti sebagai antara punca banjir mudah melanda kawasan Teluk Intan.

Perkara itu dikesan menerusi pemantauan di kawasan muara sungai berkenaan apabila beting pasir jelas kelihatan pada waktu tengah hari sehingga awal petang di muara Sungai Perak baru-baru ini.

Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidin Shaari berkata, pemantauan dilakukan bersama jurutera Daerah Hilir Perak untuk mengenal pasti antara punca banjir terutama di Teluk Intan.

Katanya, hasil pemantauan mendapati beting atau longgokan pasir di muara sungai yang semakin tinggi melibatkan kawasan yang luas di muara Sungai Perak di kawasan Durian Sebatang dan muara Sungai Suli.

“Beting pasir seakan-akan sebuah pulau dikesan terbentuk di muara Sungai Perak yang menyebabkan sungai menjadi cetek sekali gus merupakan antara faktor berlakunya banjir di Teluk Intan.

“Beting pasir ini sudah lama terbentuk dan ia perlu dikorek kerana selain menjejaskan aliran air sungai ia juga boleh menyebabkan hakisan tebing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hilir Perak, Mohidi Mahamood berkata, aliran air sungai terjejas disebabkan beting pasir di tengah sungai yang semakin meninggi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan banjir di Teluk Intan dan menjejaskan laluan bot nelayan yang melalui kawasan berkenaan.

“Pembentukan beting pasir ini bukan baru, ia sudah wujud berpuluh tahun yang terbentuk secara semula jadi. Sekiranya berlakunya hujan lebat dan air pasang, ia boleh menyebabkan banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya