Bersemangat kibar Jalur Gemilang depan televisyen - Utusan Malaysia

Bersemangat kibar Jalur Gemilang depan televisyen

NUR Fatehah Hani Romzi dengan penuh semangat mengibarkan bendera Malaysia ketika menyaksikan pasukan kebangsaan memasuki stadium pada pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di rumahnya di Taman Daya, Johor Bahru di Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembukaan rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen, semalam turut menarik minat seorang kanak-kanak yang bersemangat memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia dari jauh.

Sebaik menyaksikan pasukan atlet Malaysia berarak memasuki stadium, Nur Fatehah Hani Romzi, 8, turut sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang di depan televisyen di rumahnya di Taman Daya, di sini.

Menurut bapanya, Romzi Yusof, anak bongsunya itu sejak dari awal lagi berada di depan televisyen untuk menonton siaran langsung pembukaan yang diadakan di Stadium Olimpik, Tokyo di Jepun itu.

“Sebaik sahaja pasukan atlet Malaysia memasuki stadium, dia terus mengibarkan bendera dengan penuh semangat.

“Sejak dari awal pembukaan dia sudah tidak sabar untuk melihat pasukan Malaysia muncul di stadium itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Rasa teruja Nur Fatehah Hani berbaloi apabila melihat pasukan Malaysia muncul di kaca televisyen sambil mengibar bendera Malaysia.

Sukan Olimpik ‘penuh emosi’ Tokyo 2020 akhirnya disingkap secara rasmi malam tadi dalam stadium ‘tanpa penonton’ yang ditangguhkan selama setahun, dibayangi pelbagai kontroversi gara-gara pandemik Covid-19.

Video memaparkan atlet menjalani latihan di rumah ketika pandemik membuka upacara pembukaan dengan bunga api berwarna merah jambu dinyalakan ke udara selepas kiraan detik.

Stadium OIimpik mempunyai kapasiti 68,000 tempat duduk, namun hanya beberapa ratus perwakilan termasuk Maharaja Jepun, Naruhito; Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden hadir memeriahkan temasya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya