Bersatu Johor mesyuarat hari ini - Utusan Malaysia

Bersatu Johor mesyuarat hari ini

MD. NASIR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor dijangka mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.

Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Senator Md. Nasir Hashim berkata, mesyuarat itu bagi membincangkan tindakan UMNO yang mengumumkan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, Bersatu Johor sedang mendapatkan pengesahan sama ada Muhyiddin yang juga Presiden parti dan Pengerusi Bersatu Johor akan menyertai mesyuarat tergempar itu secara maya.

“Parti akan adakan mesyuarat tergempar bersama kepimpinan negeri bagi membincangkan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap PN.

“Kita juga sedang menunggu tindakan seterusnya daripada Barisan Nasional (BN) serta UMNO Johor.

“Kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan dan menanti arahan selanjutnya daripada Presiden parti,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Di Johor, terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengikut pecahan iaitu UMNO dan DAP masing-masing mempunyai 14 kerusi diikuti Bersatu (12), MIC (dua), Pas (satu) Parti Amanah Negara (sembilan) dan PKR (empat). 

Kerajaan Johor yang diterajui UMNO dan turut disokong PN Johor, memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya