Berjaya sesuaikan diri dengan cuaca Tokyo - Utusan Malaysia

Berjaya sesuaikan diri dengan cuaca Tokyo

PHEE Jinq En sudah menyesudaikan diri dengan cuaca di Tokyo dan bersedia untuk memulakan aksi di temasya sukan terulung itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perenang negara, Phee Jinq En berjaya menyesuaikan diri dengan cuaca di Tokyo meskipun lebih panas daripada Malaysia.

Membuat penampilan kedua di Sukan Olimpik, Jinq En mengakui suasana sangat berbeza susulan pandemik Covid-19 berbanding pada penyertaan pertamanya di Rio 2016.

“Sangat panas di sini berbanding di Malaysia. Tetapi saya sudah mula biasakan diri berbanding hari pertama tiba di sini.

“Bagi saya, ketika ini masih belum merasai suasana Sukan Olimpik. Mungkin apabila kejohanan bermula baru saya akan merasainya. Buat masa ini saya ingin menikmati apa yang ada di sini terlebih dahulu.

“Seperti saya cakap sebelum ini, Olimpik kali ini saya lebih bersedia dan lebih matang berbanding penampilan pertama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jinq En yang memegang dua rekod kebangsaan dalam acara 50 meter (m) dan 100 m kuak dada wanita mungkin mampu memecah rekod miliknya apabila bakal menerima saingan sengit dalam acara berkenaan di Sukan Olimpik.

Jinq En akan turun bertanding dalam acara kegemarannya 100m kuak dada di Pusat Akuatik Tokyo pada Ahad ini manakala saringan bagi acara 200m kuak dada bakal berlangsung pada 28 Julai.

Selain Jinq En, Welson Sim Wee Sheng turut mewakili skuad renang negara menerusi dua acara iaitu 200m dan 400m gaya bebas lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya