PETALING JAYA: Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ke final Sukan Olimpik Tokyo selepas tewas kepada pasangan China, Li Jun Hui-Li Yu Chen dalam aksi separuh akhir, hari ini.
Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan No.1 negara terpaksa akur dengan kekalahan 24-22, 21-13 kepada pasangan No.6 dunia itu.
Perlawanan itu menyaksikan pasangan negara hampir meraih kemenangan pada set pertama apabila mereka mengawal keadaan dengan baik.
Bagaimanapun, segalanya berubah pada set kedua dengan pasangan China itu mula mendahului sejak daripada awal permainan.
Walaupun tewas, mereka akan beraksi dalam satu lagi perlawanan untuk penentuan pingat gangsa, esok menetang Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.
Pasangan Indonesia itu gagal ke pusingan akhir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Yang 21-11, 21-10.