Beregu lelaki akur kepada Indonesia - Utusan Malaysia

Beregu lelaki akur kepada Indonesia

Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan Kumpulan D di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal gagal meraih kemenangan kedua selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan kumpulan D, sebentar tadi.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu pasangan negara gagal menyaingi ketenangan serta ketangkasan ‘The Daddies’ terutama ketika melakukan serangan dan terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 19-21.

Dalam perlawanan itu pasangan Indonesia yang juga bekas juara dunia tiga kali banyak melakukan tolakan mudah selain melakukan serangan pantas untuk memerangkap Aaron-Wooi Yik.

Pasangan kedua Indonesia itu sememangnya gemar mengajak pasangan negara bermain di hadapan jaring untuk meraih mata.

Pasangan negara, Aaron-Wooi Yik perlu menang dalam perlawanan terakhir secara straight set ke atas pasangan Kanada, Jason Ho shue-Nyl Yakura untuk mara ke pusingan kalah mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya