Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat pertama untuk Malaysia di Olimpik Tokyo - Utusan Malaysia

Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat pertama untuk Malaysia di Olimpik Tokyo

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.

Kemenangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kejayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008.

Malaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya