Beregu campuran tutup cerita di Tokyo - Utusan Malaysia

Beregu campuran tutup cerita di Tokyo

GOH Liu Ying (depan) dan Chan Peng Soon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengakhiri perjalanan mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kekalahan ketiga peringkat Kumpulan D.

Peng Soon-Liu Ying memberikan aksi terbaik mereka dalam perlawanan terakhir tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 21-13, 21-19 kepada pasangan No.3 dunia dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza.

Bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada pasangan itu kerana bekerja keras untuk layak ke Sukan Olimpik di sebalik pelbagai kekangan yang perlu dihadapi sepanjang musim pandemik Covid-19.

Bekas jurulatih kebangsaan, Rosman Razak berkata, mereka wajar dijadikan contoh kepada atlet muda kerena mereka pernah menghadiahkan negara pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Dalam aksi terakhir, mereka sudah memberikan full force dan itu cukup baik.

“Mereka wajar diberikan pujian kerana berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik berdasarkan merit bukan atas wildcard meskipun Peng Soon sudah berkeluarga dan Liu Ying mengalami kecederaan panjang,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 Doha, Tan Boon Heong berkata, Liu Ying perlu fikir untuk memulihkan kecederaan kakinya dahulu sebelum memikirkan tentang masa depannya dalam sukan itu.

“Bergelar pemain profesional bukan mudah, banyak perkara perlu diuruskan sendiri tetapi sekarang kena recover dahulu baru fikir tentang masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya