Bekas pesakit Covid-19 balas jasa Hospital Tampin - Utusan Malaysia

Bekas pesakit Covid-19 balas jasa Hospital Tampin

JESU Dass Muthu (tiga dari kiri) ketika menyerahkan sebanyak 25 set tirai penghadang bagi hospital kepada Dr. Norzaliza Razali (tiga dari kanan) di Hospital Tampin, Tampin. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bekas pesakit Covid-19 mengambil inisiatif memberi sumbangan dan bantuan kepada pihak Hospital Tampin yang pernah merawatnya ketika dia dijangkiti pandemik tersebut baru-baru ini.

Jesu Dass Muthu, 56, berkata, bantuan peribadi dengan kerjasama Lions Club Tampin itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak hospital bagi melancarkan lagi urusan pandemik Covid-19 ketika ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Lions Club Tampin dan Negeri Sembilan menjelaskan, sumbangan peralatan itu adalah usaha kecil serta sebagai tandakan sokongan kepada barisan hadapan negara.

“Kami telah menyerahkan barangan seperti 10 unit Oxymeter, 10 unit thermoscan dan dua unit pencetak digital dengan jumlah keseluruhan bernilai RM3,600 pada 25 Jun lalu.

“Hari ini pula, kami menyerahkan sebanyak 25 set tirai penghadang bernilai RM9,500 kepada hospital yang sama kerana peralatan ini diperlukan dalam kes-kes tertentu dan lebih mudah untuk dialihkan sekiranya tidak diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa penyerahan bantuan tersebut di Hospital Tampin di sini hari ini.

Penyerahan dibuat kepada Pengarah Hospital Tampin, Dr. Norzaliza Razali. Yang turut hadir, Pengerusi Lions Club Tampin, Chai Siong Sew.

Sementara itu, Jesu Dass berkata, selain sumbangan kepada hospital, pihaknya juga fokus kepada penyaluran sumbangan kepada keluarga yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Kami akan beri bantuan keperluan makanan harian terus selama sebulan kerana tidak mahu mereka terputus bekalan makanan.

“Individu yang memerlukan bantuan di kawasan Tampin boleh menghubungi saya di talian 012-682 0779,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya