Bapa lima anak didakwa buat komunikasi jelik dalam Facebook berhubung darurat - Utusan Malaysia

Bapa lima anak didakwa buat komunikasi jelik dalam Facebook berhubung darurat

WAN Mohd. Aman Wan Mohd. Ishak membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahyon Talib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bapa lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik melalui aplikasi Facebooknya berhubung pelaksanaan darurat, Januari lalu.

Wan Mohd. Aman Wan Mohd. Ishak, 40, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohd. Aman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil ‘Aman Muhammad’.

Hantaran dibuat pukul 10.59 pagi pada 12 Januari lalu yang kemudian dibaca pada hari sama pukul 4.12 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd. Apandi menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Mohd. Yusoff Yakob yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja dan mempunyai tanggungan seorang isteri serta lima orang anak berusia di antara dua dan 12 tahun.

“Sepanjang siasatan dijalankan tertuduh yang tinggal di Kelantan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 3 Ogos ini ditetapkan untuk sebutan kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya