Banjir di Penampang, ratusan penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Banjir di Penampang, ratusan penduduk terjejas

KEADAAN banjir di Penampang sejak awal pagi ini. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kampung di daerah Penampang mula dilanda banjir awal pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md. Zain ketika dihubungi berkata, setakat 10 pagi, 12 kawasan masih dilanda banjir iaitu Taman Donggongon, Kampung Tuavon, Kambau, Dabak, Nambazan, Soboong Kolopis, Tindai Kolopis, Kolopis, Penampang Proper, Inobong, Kibabaig dan Kampung Gunsing.

Turut dilanda banjir adalah Sekolah Menengah (SM) ST Michael Penampang. Malah, beberapa jalan juga dinaiki air termasuk Jalan Bulatan Siga, Donggongon yang masih boleh dilalui kenderaan berat.

Menurut beliau, bilik gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Penampang (bencana banjir) di talian 088726054 telah diaktifkan.

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang dibuka namun, belum ada pemindahan mangsa ke PPS setakat pagi ini.

Perkongsian pengguna dalam media sosial turut memperlihatkan beberapa kenderaan terutama kenderaan ringan terkandas di Bulatan Siga kerana tidak dapat melalui kawasan yang dinaiki air.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan pantai barat Sabah sehingga esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya