KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nubhan meluahkan rasa syukur dan teruja kerana isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek kini hamil anak ketiga.
Menurut penyanyi Oh Juwita itu, kehamilan pada kali ini agak berbeza apabila isterinya mengalami alahan yang teruk sehinggakan Nubhan turut merasakannya.
“Alhamdulillah rezeki baru bertambah lagi dalam keluarga saya. Doakan isteri dan anak dalam kandungan ini sihat ya.
“Kali ini teruk betul mabuk Afifah. Saya yang tidak mabuk ini pun boleh mabuk tengok dia,” katanya yang berseloroh di Instagram.
Hasil perkongsian dengan kapsyen “Yeay! Baby Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” telah menarik perhatian ramai peminat dan pengikutnya serta menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi itu.
Untuk rekod, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan. Terdahulu Afifah juga pernah pernah mengalami keguguran pada awal tahun ini.