PETALING JAYA: Atlet olahraga negara, Azreen Nabila Alias berjaya melepasi saringan awal 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo apabila menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi di Stadium Olimpik, sebentar tadi.
Dia bukan sahaja berjaya melepasi saingan itu malah merekodkan catatan masa terbaik peribadi dengan 11.77s.
Dalam saingan itu, pelari Iran, Fasihi Farzaneh berada di tempat pertama dengan catatan 11.76 manakala di tempat ketiga menjadi milik pelari Kuwait, Mudhawi Alshammari dengan rekod 11.82s.
Sementara itu, jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei akan turun beraksi hari ini bagi mencari tempat ke pusingan akhir.