Azizulhasni guna ramuan terbaik di Olimpik - Utusan Malaysia

Azizulhasni guna ramuan terbaik di Olimpik

AZIZULHASNI Awang meraih emas pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yakin memiliki ramuan terbaik bagi menghadapi cabaran getir di pentas Sukan Olimpik 2020 yang akan bermula 23 Julai ini.

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman berkata, segala persiapan akhir berjalan lancar di bawah kendalian jurulatih, John Beasley sebelum berangkat ke Jepun, minggu depan.

Katanya, strategi paling ampuh sudah disediakan bagi menghadapi dua acara dalam tempoh lima hari berturut-turut.

“Jadual agak padat di sana dengan perlumbaan bagi acara pecut akan berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos disusuli acara keirin pada 7 dan 8 Ogos.

“Dengan situasi semasa Covid-19, memang agak risau tetapi demi tanggungjawab, saya sanggup berkorban untuk membawa pulang kejayaan buat tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian secara maya dalam Majlis Amanat Negeri bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sesi dalam talian selama sejam itu turut disertai tiga lagi atlet Olimpik iaitu pemanah, Khairul Anuar Mohamad; pelari pecut 100 meter, Azreen Nabila Alias dan atlet berbasikal para, Zuhairie Ahmad Tarmizi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya