LOS ANGELES: Pelakon dan model Amber Heard telah menyambut kelahiran bayi perempuan lima tahun setelah dia berpisah dengan Johnny Depp, sambil mengatakan kepada peminatnya: “Saya harap kita sampai pada noktah di mana sudah menjadi sesuatu yang biasa di mana kita tidak memerlukan cincin dijari bagi mendapatkan cahaya mata.”
Pelakon itu dalam hantaran di Twitter turut mendedahkan nama yang unik – Oonagh Paige Heard – untuk bayi yang baru lahir itu.
Peige adalah nama mendiang ibu Amber.
Amber, 35, berkongsi berita gembira itu dalam satu siri bebenang tweet pada Khamis.
Di samping foto dirinya yang sedang memeluk bayi yang baru lahir, Amber menulis: “Saya sangat gembira dapat berkongsi berita ini dengan anda.”
“Empat tahun yang lalu, saya memutuskan ingin mempunyai anak. Saya mahu melakukannya dengan syarat saya sendiri.
“Saya sekarang menghargai betapa radikalnya bagi kita sebagai wanita untuk memikirkan salah satu bahagian paling penting dari nasib kita dengan cara ini.”
Setelah menyatakan bahawa dia tidak perlu berkahwin untuk mendapatkan anak, pelakon itu menambah:”Sebahagian dari saya ingin menegaskan bahawa kehidupan peribadi saya bukan urusan orang lain.
“Saya juga mendapati bahawa sifat pekerjaan saya memaksa saya mengendalikan perkara ini sendiri.”
Rangkaian tweet tersebut menyimpulkan: “Anak perempuan saya dilahirkan pada 8 April 2021. Namanya Oonagh Paige Heard.
“Dia adalah permulaan sepanjang hidup saya.”
Amber sebelum ini berkahwin dengan Johnny, 58, dari 2015 hingga 2017.
Perpisahan mereka mendapat publisiti meluas, kerana Amber menuduh Johnny melakukan penyalahgunaan sebagai suami dan membawanya ke mahkamah.