"Aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi manusia” - Sherry Al Hadad - Utusan Malaysia

“Aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi manusia” – Sherry Al Hadad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Sherry Al Hadad mendedahkan pernah dipandang rendah segelintir individu dek kerana keinginannya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang teater satu ketika dahulu.

Sherry berkata, dia ditertawakan dan ada juga yang memandang sinis serta menganggap keinginannya itu sebagai satu tindakan yang membuang masa.

“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan.

“Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil Diploma Teater. Kebanyakannya akan gelak dan kata ‘nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? Buang masa je’ mereka gelak,” tulisnya dalam sebuah entri di Instagram miliknya baru-baru ini.

Namun, dalam entri yang sama, Sherry menegaskan dia tidak menyimpan dendam malah menerima pandangan orang yang berbeza-beza.

“Tapi aku tak pernah pun marah atau berdendam dengan mereka. Pendapat orang memang akan berbeza-beza. Selama tiga tahun aku menuntut ilmu di situ, aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi manusia.

“Aku belajar untuk memahami maksud tersirat dan tersurat, belajar untuk menjadi orang yang mempunyai empati, belajar untuk menghormati orang lain, memberi dan menerima dan banyak lagi,” tulisnya panjang.

Perkongsian Sherry itu telah menerima maklum balas positif rakan artis antaranya pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina.

“Bangga melihat perjalanan anda @sherry_alhadad dari belakang pentas sampailah pentas utama nah…ambil kau!,”balasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya