Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Pahlawan kepada ATM dan PDRM - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Pahlawan kepada ATM dan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook rasmi berkata, Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM khususnya yang bertugas di barisan hadapan atas pengorbanan tanpa mengira masa serta penat lelah dalam membantu memerangi penularan wabak Covid-19.

“Selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya kenyataan itu. 

Pautan itu setakat pukul 10.30 paghi ini mendapat 6,500 tanda suka, 238 komen dan 310 perkongsian di media sosial. 

Tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.

Dalam pada itu, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang terkorban semasa bertugas dan melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Sesungguhnya jerit perih mereka, para pejuang tanah air seketika dahulu dan masa kini adalah demi negara kita yang berdaulat.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. Berjuang demi negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya