Adakah masalah negara selesai jika digantikan kerajaan tidak stabil? - Utusan Malaysia

Adakah masalah negara selesai jika digantikan kerajaan tidak stabil?

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan sama ada ketidakstabilan kerajaan hari ini akan selesai jika digantikan dengan sebuah lagi kerajaan yang tidak stabil.

Menurut beliau, kerajaan tidak stabil itu bukan sahaja tidak kompeten, malah bukan pilihan majoriti rakyat dan memiliki majoriti tipis yang dibentuk di atas pengkhianatan dan lompat parti.

“Masalah utama negara hari ini adalah mempunyai sebuah kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti.

“Adakah masalah utama negara ini akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti?,” soalnya dalam catatan di Facebook hari ini.

Sejak kebelakangan ini, timbul cakap-cakap politik mengenai jajaran baharu antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) setelah dikatakan UMNO berhasrat menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Jika ia berlaku, maka akan wujud satu pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan PN di samping Perdana Menteri baharu perlu dilantik untuk mengetuai pentadbiran negara ini.

Namun usaha itu mendapat tentangan beberapa ahli Parlimen UMNO yang mahu bersama-sama Kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya