Adakah kita bersedia ada Kluster Parlimen? – Jalaluddin - Utusan Malaysia

Adakah kita bersedia ada Kluster Parlimen? – Jalaluddin

AHLI Parlimen UMNO masih berada di blok kerajaan..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mempersoal persediaan negara berdepan dengan jangkaan kemunculan Kluster Parlimen selepas ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu membangkitkan persoalan itu susulan individu yang menjalani saringan khas di Parlimen pada Jumaat lalu disahkan sebagai positif Covid-19.

“Adakah kita bersedia untuk menghadapi Kluster Parlimen pula?” soal beliau melalui hantaran dalam akaun media sosialnya hari ini dengan merujuk persidangan Parlimen bermula esok.

Beberapa ahli Parlimen termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman semalam disah positif wabak itu.

Mengulas lanjut, Jalaluddin secara peribadi menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar menilai semula kewajaran persidangan itu ekoran situasi terkini membabitkan wakil rakyat.

“Saya bukanlah menentang demokrasi, bahkan menyokong penuh bagi bincangkan segala perkara penting melibatkan kebajikan rakyat dan dasar negara dalam menangani Covid-19.

“Namun saya lihat risiko agak tinggi dengan Varian Delta boleh jangkiti dalam tempoh hanya 15 saat, pastinya Parlimen akan jadi seolah-olah medan perang dipenuhi periuk api,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya