PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri, memberitahu kini sedang menjalani kursus penanaman pokok durian jenis Musang King.
Di kala negara sedang berhadapan pandemik Covid-19, keadaan sekarang baginya bukan penghalang untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam pertanian untuk menceburi perniagaan baharu.
Menerusi entri Instagram Aliff, dia mengambil kursus tersebut dengan individu kaum Cina kerana dia berpendapat kebanyakan mereka berjaya dengan perniagaan penanaman tersebut.
“Ada sahaja ini tengah ambil kursus penanaman pokok Musang King dengan mereka yang mahir. Kebanyakan mereka yang berjaya menanam durian ini ada orang kaum Cina.
“Sebab itu, saya nak belajar dengan mereka. Cuba teka dusun saya di mana?” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet memberikan komen positif dengan melontarkan kata-kata pujian buatnya yang semangat untuk belajar perkara baharu.