Ada pihak cuba jatuhkan saya - Che Abdullah - Utusan Malaysia

Ada pihak cuba jatuhkan saya – Che Abdullah

CHE ABDULLAH Mat Nawi  (kiri) mengagihkan kotak makanan kepada penghulu untuk disampaikan kepada golongan memerlukan di Parlimen Tumpat, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mendakwa rakaman video pernikahan dalam talian  yang tular dalam media sosial sebagai usaha pihak tertentu untuk mengaib dan menjatuhkan dirinya. 

Ahli Parlimen Tumpat itu menegaskan, beliau tidak pernah membuat pengakuan mengenai penglibatannya dalam video yang sengaja disebarkan pihak lawan dan beliau memutuskan untuk menyerahkan kes berkenaan kepada peguam.

“Mengenai isu yang tular, saya tidak membuat sebarang pengakuan malah  buat masa ini, sewajarnya perkara ini ditangani secara peribadi. 

“Perkara itu disebarkan oleh sebelah pihak, maka setakat ini saya serahkan kepada peguam saya untuk urusan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian bakul makanan di Pusat Khidmat Masyarakat Tumpat di sini hari ini. 

Terdahulu, tular dalam media sosial  rakaman video pernikahan melalui telefon dikatakan melibatkan seorang Timbalan Menteri yang berkahwin dan menambah isteri seorang lagi secara dalam talian dengan khidmat jurunikah Thailand.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah menafikan beliau mempertahankan pengusaha ladang Musang King di Raub, termasuk kenyataannya sebelum ini yang mencadangkan supaya menunggu buah durian di kawasan itu gugur terlebih dulu, sebelum diambil tindakan lanjut.

Menyifatkan kenyataan itu disalah tafsir, beliau berkata isu pencerobohan hutan simpan kekal adalah satu isu yang berlarutan dan pihak kementerian tidak akan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas masing-masing.

Kata beliau, isu pekebun durian Musang King di Raub tersebut juga tidak akan menjejaskan permintaan dan eksport buah itu ke luar negara kerana masih banyak lagi  pengusaha Musang King di tempat lain. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya