'Ada kes positif Covid-19 di Parlimen' - Utusan Malaysia

‘Ada kes positif Covid-19 di Parlimen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat kes positif Covid-19 di Parlimen yang menyebabkan ramai menjadi kontak rapat daripada kes tersebut.

Mengesahkan perkara itu, seorang pegawai Parlimen yang tidak mahu dinamakan berkata, jangkitan tersebut banyak yang berlaku kepada polis bantuan.

Katanya, setakat ini lebih 10 orang yang mengalami gejala dan simptom seperti batuk dan sakit tekak, sekali gus ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila sidang Dewan Rakyat akan berlangsung pada 26 Julai ini.

“Ikutkan jadual yang ada, sidang Dewan Rakyat akan tetap berlangsung 26 Julai ini. Tetapi saya tidak tahu bagaimana keadaannya jika ia tetap berlangsung dalam keadaan kes Covid-19 di Parlimen pun ada.

“Sebab virus itu boleh tersebar melalui pengudaraan di sesebuah kawasan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sidang Dewan Rakyat Khas dijadual akan berlangsung selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Ia melibatkan 220 ahli Parlimen di semua kawasan serta pegawai yang terlibat, anggaran 400 orang yang akan hadir.

Dalam sidang kali ini juga, difahamkan ia akan membincangkan isu berkaitan Covid-19 termasuklah Ordinan Darurat serta persidangan secara hibrid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya