Aaron-Wooi Yik intai suku akhir Olimpik - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yik intai suku akhir Olimpik

AARON Chia-Soh Wooi Yik percaya mereka mampu beraksi cemerlang di Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik percaya undian yang diterima masih berpihak kepada mereka walaupun berada dalam kumpulan yang sama dengan pilihan kedua dari Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Aaron memberitahu, undian yang diterima dilihat positif kerana Ahsan-Hendra Setiawan lebih tertekan kerana berpengalaman luas di Sukan Olimpik.

Katanya, masih ada peluang untuk mereka ke suku akhir dan pada masa sama enggan memandang rendah cabaran Choi Solgyu-Song Seo Jae dari Korea Selatan dan Jason Anthony Ho-Shue-Nyl Yakura dari Kanada dalam Kumpulan D.

“Peluang kami ke suku akhir tetap ada walaupun diundi bersama Ahsan dan Hendra Setiawan cuma kami tak pernah berjumpa pasangan Kanada sebelum ini.

“Keadaan 50-50, di World Tour Final pernah jumpa pasangan Korea Selatan. Jadi kami akan tengok video analisis dan tidak mahu berada dalam tekanan untuk ke Tokyo,” katanya.

Sementara itu, Lee Zii Jia berada dalam Kumpulan M bersama Brice Leverdice dan Artem Pochtarov manakala  Soniia Cheah berada dalam Kumpulan N bersama Ratchanok Intanon dan Linda Sarosi dari Hungary.

Pemenang pingat perak Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di dalam Kumpulan D yang menempatkan Wang Yi-lyu-Huang Dong Ping, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich, dan Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong).

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean berada bersama Sayaka Hirota-Yuki Fukushima, Apriyani Rahayu-Greysia Polli (Indonesia) dan Lauren Smith-Chloe Birch (England) dalam Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya