PUTRAJAYA: Kes kematian Covid-19 hari ini mencatatkan angka sebanyak 93 kes, menjadikan jumlah kes kematian terkini mencecah 7,241.
Kementerian Kesihatan dalam ciapan Twitter memaklumkan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga terus meningkat kepada 133,703 kes termasuk 924 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 448 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes baharu pula mencatatkan sebanyak 12,366 kes termasuk 8 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 939,899 kes.
“Terdapat 7,567 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 798,955 kes,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE