883 kes harian Covid-19, paling tinggi direkodkan di Terengganu - Utusan Malaysia

883 kes harian Covid-19, paling tinggi direkodkan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 883 kes jangkitan baharu harian Covid-19 direkodkan di Terengganu hari ini sekali gus menjadi yang paling tinggi sejak pandemik itu melanda.

Mengikut infografik Jabatan Kesihatan negeri, daripada jumlah itu sebanyak 860 kes membabitkan penularan tempatan manakala kes import B (14 kes), kes import C (8 kes) dan kes orang kena tahan (1 kes) menerusi 15 kluster yang terlibat. 

Katanya, kes harian tertinggi direkodkan di Kemaman dengan 291 kes manakala Kuala Terengganu (195 kes), Dungun (179 kes), Marang (79 kes), Setiu (60 kes), Kuala Nerus (53 kes), Besut (23 kes) dan Hulu Terengganu (3 kes).

Semalam, kes harian Covid-19 di Terengganu adalah sebanyak 258 kes dengan lima kematian manakala hari sebelumnya, 437 kes. 

Peningkatan itu turut menjadikan kes Covid-19 di seluruh lapan daerah di Terengganu kini zon merah sejak sembilan hari lalu. 

Sebanyak empat kawasan di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Mukim Kuala Dungun, Mukim Bandi, Kampung Teluk Menara, Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya