8 negeri Fasa 2 tak akan patah balik Fasa 1 - Utusan Malaysia

8 negeri Fasa 2 tak akan patah balik Fasa 1

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menjelaskan negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak akan kembali ke Fasa 1.

Pengumuman tersebut sekali gus melegakan lebih 16 juta penduduk di lapan negeri yang sebelum itu bimbang balik ke Fasa 1 susulan kes harian Covid-19 meningkat akhir-akhir ini.

“Negeri-negeri berkenaan yang sudah melepasi masuk Fasa 2, Majlis Keselamatan Negara (MKN) minta mereka terus jalan pelbagai program kesihatan awam untuk kekal,” katanya dalam sidang akhbar khas kementerian tersebut di sini hari ini yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Pada minggu lalu, beliau dilaporkan mengingatkan negeri yang sudah beralih ke Fasa 1 tidak bermakna para penduduknya bebas tanpa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran pelbagai kelonggaran diberikan terutama dalam kegiatan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi berbanding baki lima negeri lain dan tiga Wilayah Persekutuan.

PPN yang dilaksanakan sejak 29 Jun lalu, menyaksikan lima negeri sebagai perintis peralihan ke Fasa 2 iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula pada 5 Julai lepas, diikuti Pulau Pinang, Sabah dan terbaharu, Sarawak semalam, namun aktiviti merentas sempadan daerah dan negeri tanpa kebenaran daripada polis adalah dilarang seperti biasa.

Mengulas lanjut, Adham berkata, setakat ini lapan negeri berkenaan masih terkawal dari segi indikator nilai ambang purata kes harian Covid-19 yang direkodkan masih bawah 4,000 kes.

“Begitu juga kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi kekal berada pada paras sederhana manakala kadar vaksinasi yang menerima dua dos sudah lebih 10 peratus populasi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pusat penilaian Covid-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat untuk pemantauan kes yang tidak bergejala atau cuma bergejala ringan.

Individu terbabit tidak perlu datang ke CAC yang sekali gus mengurangkan kesesakan pada waktu puncak, manakala gelang perintah kuarantin di rumah (HSO) tidak lagi dikeluarkan.

Sebaliknya jelas beliau, mereka hanya akan menerima notifikasi secara digital melalui aplikasi MySejahtera kerana ia masih lagi sah dari segi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Sementara itu, kementerian tersebut juga akan memberikan kuasa HSO kepada lebih ramai lagi doktor swasta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pada masa ini, 752 doktor swasta sudah diberi kuasa itu meliputi pemasangan gelang HSO, pemotongan dan surat pelepasan kuarantin bagi kes tiada gejala atau gejala ringan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya