741 calon STPM dapat PGNK 4.00 - Utusan Malaysia

741 calon STPM dapat PGNK 4.00

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dengan 23 calon daripadanya mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran dan 718 calon lagi mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Dr. Wahid Razzaly berkata, dari segi analisis calon yang mendapat 5A dan 4A, didapati bilangan calon yang mendapat 5A telah berkurang daripada 42 calon pada peperiksaan STPM 2019 kepada 23 calon dalam peperiksaan STPM 2020.

Katanya, bilangan calon yang mendapat 4A dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2020 juga berkurang daripada 760 pada tahun 2019 kepada kepada 718 calon.

“Secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 iaitu yang mendapat A dalam kelima-lima dan empat mata pelajaran yang diambil telah berkurang daripada 802 calon pada 2019 kepada 741 calon pada 2020 iaitu berkurang sebanyak 61 calon atau 7.61 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wahid menambah, PNGK calon STPM 2020 di bandar masih mengatasi PNGK calon luar bandar dengan masing-masing PNGK 2.80 dan 2.78.

Katanya, melibatkan segi perbezaan jurang antara bandar dengan luar bandar pula, didapati perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar sama seperti pada peperiksaan STPM 2019 iaitu beza jurang sebanyak 0.02 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN