6.25 tan botol vaskin kosong sudah dilupuskan - Utusan Malaysia

6.25 tan botol vaskin kosong sudah dilupuskan

Kementerian telah melupuskan kira-kira 6.25 tan botol vaksin di seluruh negara setakat ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah melupuskan 6.25 tan botol vaksin kosong yang dikategorikan sebagai sisa klinikal sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Pulupusan itu diuruskan oleh bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan melalui sebuah syarikat berkelayakan yang telah dilantik.

Bahagian itu dalam satu kenyataan memberitahu, botol yang dilupuskan itu adalah sisa daripada pemberian vaksin Covid-19 kepada 7,593,179 orang sehingga 28 Jun lalu.

Menurut kenyataan tersebut, semua sisa botol vaksinyang dijana di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dikumpulkan di stor PPV secara harian.

“Botol-botol ini akan dihantar ke hospital untuk proses penimbangan sebelum diangkut keluar mengikut frekuensi pengangkutan sisa klinikal yang telah ditetapkan bagi tujuan pelupusan,” demikian menurut kenyataan itu.

Botol-botol vaksin, jarum dan picagari daripada aktiviti pemberian vaksin diklasifikasikan sebagai sisa klinikal di bawah kategori sisa tajam.

Kenyataan itu memberitahu, proses melupuskan sisa vaksin diuruskan syarikat berkelayakan yang dilantik oleh kerajaan dengan mematuhi keperluan dan syarat-syarat terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, ia dipantau kementerian dan Jabatan Alam Sekitar. Ada 12 lokasi di seluruh negara bagi pelupusan sisa klinikal ini.

Syarikat yang dilantik juga mampu menguruskan jumlah botol vaksin yang lebih besar seiring peningkatan kadar vaksinasi bulan ini yang dijangka mencecah 300,000 dos sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN