416 ditahan ingkar SOP - Utusan Malaysia

416 ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 416 individu dicekup dengan 404 daripadanya dikompaun manakala 12 lagi direman.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 57 pendatang asing tanpa izin ditahan dan sembilan kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

“Sebanyak empat bot atau kapal dicurigai turut dikesan berdekatan perairan negara kita melalui empat aktiviti penglihatan pasukan keselamatan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 673 individu telah tiba di tanah air dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 8,988 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 81 hotel serta 10 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” kata Ismail Sabri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 632 peruncit, 157 pemborong dan 31 pengilang selain melakukan 1,773 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan empat premis dikenakan kompaun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya