389 perkhidmatan dalam talian kerajaan kini boleh dicapai   - Utusan Malaysia

389 perkhidmatan dalam talian kerajaan kini boleh dicapai  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 389 perkhidmatan dalam talian yang meliputi pelbagai badan kerajaan kini sudah boleh dicapai dengan mudah menerusi portal bersepadu MyGovernment.

 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, ia melibatkan sejumlah 28 kementerian dan 57 agensi sektor awam.

 “Kesemuanya telah berkolaborasi dan menjadi rakan strategik dalam penyediaan kandungan dan integrasi perkhidmatan atas talian untuk portal ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 Ujarnya, dengan sinergi antara pelbagai jabatan dalam merealisasikan agenda pendigitalan negara melalui pembangunan portal ini, insiden kesesakan teruk di kaunter dapat dielakkan.

 Ia merujuk video tular media sosial baru-baru ini memaparkan suasana kepadatan pelanggan yang berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

 Justeru, Mampu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan portal disediakan kerajaan dan mengelakkan ramai pengunjung berkumpul dalam satu-satu masa di kaunter. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya