31 warga asing ditahan langgar Akta Imigresen - Utusan Malaysia

31 warga asing ditahan langgar Akta Imigresen

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Sembilan  menahan seramai 31 warga asing dalam operasi bersepadu di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Senawang, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan seramai 31 warga asing dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Senawang, dekat sini semalam.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, ketika operasi dijalankan pada pukul 2.50 petang itu, terdapat seramai 245 orang pekerja warga asing termasuk dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar sedang bekerja.

“Operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi termasuk JIMNS, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara dijalankan dengan kekuatan 30 anggota berdasarkan aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan teliti yang dilakukan, JIMNS menahan 31 warga asing kerana didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ai Kiang, daripada yang ditahan, 30 orang merupakan pekerja warga Bangladesh manakala seorang warga India yang didapati tidak memiliki permit sah dan tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan.

“Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan juga Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan dan pendakwaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya