300 jemaah hadir solat Aidiladha di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya - Utusan Malaysia

300 jemaah hadir solat Aidiladha di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya

JEMAAH menunaikan solat sunat Aidiladha dengan mematuhi SOP di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masjid-masjid utama sekitar Wilayah Persekutuan hari ini menunaikan solat Aidiladha dengan kapasiti penuh yang dibenarkan berjumlah 300 jemaah.

Kapasiti itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi solat Aidiladha, solat Jumaat dan solat fardu.

Bagaimanapun, biilangan jemaah yang dibenarkan di lapan masjid zon di Wilayah Persekutuan dihadkan kepada 100 orang manakala di 80 masjid kariah dan 115 surau Jumaat pula dibolehkan seramai 50 orang, selain 12 orang untuk surau biasa.

Tinjauan Utusan Malaysia di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, orang ramai hadir seawal 7 pagi untuk menunaikan solat Aidiladha dengan pematuhan SOP ketat.

Jemaah termasuk wanita dibenarkan memenuhi saf bernombor bagi benar-benar mengikut had 300 orang dengan memastikan mereka yang memasuki pekarangan masjid perlu mengimbas suhu badan dan perlu mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman.

Solat dimulakan pada pukul 8.30 pagi dimamkan oleh Imam Besar, Nor Azamir Alias yang turut menyampaikan khutbah Hari Raya Aidiladha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya