29 graduan politeknik dapat kerja selepas tamatkan kursus CCNA  - Utusan Malaysia

29 graduan politeknik dapat kerja selepas tamatkan kursus CCNA 

HARITH Fadzilah Abd. Khalid (atas, kanan) ketika menyertai majlis penutup kursus CCNA di bawah Penjana KPT-CAP yang diadakan secara online menerusi aplikasi Webex, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Kesemua 29 peserta terdiri daripada penuntut lepasan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari tujuh buah politeknik di seluruh negara yang menyertai kursus Cisco Certified Network Associate (CCNA)  memperoleh pekerjaan sebaik sahaja selesai menyertai kursus tersebut.

Kursus itu adalah sebahagian inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) yang diadakan di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini, selama dua minggu baru-baru ini.

Selain PSP, enam lagi politeknik yang turut mengambil bahagian ialah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis); Muadzam Shah (Pahang); Mersing (Johor); Ungku Omar (Perak); Metro Tasek Gelugor (Pulau Pinang) dan Kuala Terengganu.

Pengarah PSP, Harith Fadzilah Abd. Khalid selaku tuan rumah berkata, pihaknya yakin melalui latihan bimbingan kemahiran yang betul, mereka mampu membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pada masa sama menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara.

“Secara tidak langsung, ia juga dapat memastikan matlamat utama kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan pekerjaan tercapai,” katanya pada majlis penutup program berkenaan yang diadakan secara online menerusi aplikasi Webex, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya