250 kepimpinan MIYC sertai konvensyen dalam talian - Utusan Malaysia

250 kepimpinan MIYC sertai konvensyen dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seramai 250 ahli kepimpinan tertinggi Majlis Belia India Malaysia (MIYC) peringkat cawangan daripada 11 negeri akan mengambil bahagian dalam konvensyen pertubuhan itu yang akan diadakan secara dalan talian pada esok dan Ahad.

MIYC dalam satu kenyataan memaklumkan, konvensyen julung kali diadakan itu akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, manakala majlis penutup  disempurnakan oleh timbalannya, Senator Wan Fayhsal Wan Ahmad.

“Konvensyen ini diadakan secara telesidang atas platform zoom untuk dua hari dengan perisian konvensyen yang menjuruskan pembangunan sosio ekonomi belia India yang akan memanfaatkan perwakilan konvensyen ini.

“Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memberikan penerangan tentang pengurusan pertubuhan belia, memberikan input tentang peluang-peluang yang direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khas untuk golongan belia dan perkongsian tentang inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan golongan itu terutamanya dalam bidang sosio ekonomi,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya