PETALING JAYA: Sidang Khas Dewan Rakyat dimaklumkan sehingga kini sebanyak 221 hospital di seluruh negara dikhususkan bagi rawatan pesakit Covid-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia melibatkan 104 daripada 146 hospital Kementerian Kesihatan, enam hospital universiti, 112 hospital swasta dan sebuah hospital Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam pada itu, Dr. Adham memberitahu, meskipun kes positif Covid-19 agak tinggi, tetapi bilangan kes yang tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5 adalah kecil banding dengan keseluruhan kes.
“Contohnya semalam 26 Julai, jumlah kes harian 14,516 kes, kes kategori 3, 4 dan 5 sekitar 2.5 peratus,” katanya.