20,000 asnaf dikenal pasti untuk terima daging korban - Utusan Malaysia

20,000 asnaf dikenal pasti untuk terima daging korban

ASMA’ Harun bersama suami, Tengku Fazli Tengku Yahya melawat ladang Sahabat Amal Care di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor yang menyediakan 800 ekor lembu serta kambing untuk ibadah korban dan diedarkan daging sembelihannya kepada 20,000 keluarga asnaf seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Masyarakat Islam di negara ini khususnya di Selangor tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan sumber bekalan daging lembu dan kambing yang halal berikutan pembukaan sebuah ladang penternakan baharu haiwan sumber makanan itu di sini.

Inisiatif itu diambil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Amal Care yang menyediakan tanah seluas empat ekar kini menempatkan 315 ekor lembu, 200 ekor kambing dan seekor unta.

Malah, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, pertubuhan itu menyasarkan edaran daging korban kepada 20,000 keluarga asnaf di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak apabila menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah itu.

Kemudahan itu dimaklumkan Penaung Sahabat Amal Care, Asma’ Harun yang kini menyasarkan 400 ekor lembu dan kambing untuk dijadikan haiwan korban dan diedarkan kepada golongan asnaf di seluruh negara.

“Untuk ibadah korban kita sediakan 400 ekor bagi lembu dan kambing, jadi lebih kurang dalam 800 ekor.

“Setakat ini ibadah korban 200 ekor lembu sudah ditempah, begitu juga kambing, bila kita sudah capai sasaran, Alhamdulillah sekarang kita letakkan sasaran baharu iaitu 20,000 penerima dan sehingga hari ini masih lagi menerima permohonan orang untuk menyertai ibadah korban,” katanya dalam lawatannya dekat ladang itu di Kampung Sungai Yu di sini.

Beliau menambah, inisiatif itu diambil bagi membantu masyarakat Islam mendapatkan bekalan daging dan sembelihan halal selepas wujud kerisauan terhadap isu daging halal ekoran pendedahan kartel daging import yang diragui.

“Pada November tahun lepas ada isu hangat berkenaan kartel daging. Selepas itu, saya terlibat secara tidak langsung dengan isu terbabit dengan mengulasnya bersama Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai.

“Hasil daripada itu, pada Disember, timbul rasa kesedaran dan tanggungjawab bersepakat untuk bina ladang ternak supaya dapat bekalkan sumber daging halal kepada masyarakat Islam di negara ini dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran,” jelasnya.

Justeru, beliau menyarankan masyarakat Islam yang ingin mendapatkan lembu atau kambing bagi tujuan ibadah korban boleh menghubungi Sahabat Amal Care menerusi Facebooknya atau hubungi 011-2090 3735.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya