PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 17,786 kes berbanding semalam 16,840 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,718 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 165 kematian dicatatkan dengan 1,062 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 534 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 189,609 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144) dan Sabah (1,035).
“Lapan negeri dan satu Wilayah mencatatkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (929), Terengganu (883), Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485) dan Putrajaya (116).
“Perlis pula mencatatkan 16 kes manakala Labuan, sembilan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE