1,637 penuntut UUM tamat pengajian dibenarkan pulang - Utusan Malaysia

1,637 penuntut UUM tamat pengajian dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 1,637 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini yang tamat pengajian sesi 2020/2021 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai esok.

Bahagian Komunikasi Korporat UUM memaklumkan, kebenaran itu selaras dengan kenyataan akhbar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tamat pengajian pulang ke rumah setelah mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai hari ini.

Menurutnya, kawalan pergerakan secara berfasa dilaksanakan bagi memastikan pergerakan pelajar pulang dengan terkawal.

“Pada fasa permulaan, hanya pelajar bukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan pulang manakala pelajar di kawasan PKPD  pulang setelah tempoh pelaksanaannya tamat.

“Kaedah pergerakan sehala pelajar adalah menggunakan pengangkutan bas diselaraskan IPT dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)  ketat dan penggunaan kenderaan sendiri turut dibenarkan,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, pergerakan menggunakan bas pada 15 Julai ini melibatkan 1,170 pelajar iaitu lapan bas ke Kelantan, Terengganu dan Pahang dan diikuti lima bas ke Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 16 Julai.

Selain itu, lapan bas ke Selangor dan Perak pada 17 Julai serta tujuh bas ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis pada 18 Julai ini.

“Seramai 379 pelajar lagi akan pulang dengan menaiki kenderaan sendiri bermula 13 Julai manakala 88 pelajar dari Sabah dan Sarawak pulang bergantung kepada tarikh penerbangan,” katanya.

Jelasnya, pelajar yang ingin kembali ke kampus bagi mengambil barang tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan pihak KPT. -UTUSAN ONLINE

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya