151,000 permohonan bakul makanan diterima - Utusan Malaysia

151,000 permohonan bakul makanan diterima

RINA Harun (tengah) menyerahkan sumbangan Bakul Prihatin kepada penduduk kampung, Noraini Dollah (kanan) semasa melawat ke Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 151,000 permohonan Bakul Prihatin Wanita Perikatan Nasional diterima dalam tempoh 24 jam selepas usaha itu dilaksanakan bagi membantu golongan yang terjejas.

Ketua Srikandi Bersatu Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, melihat kepada permohonan luar jangka itu, pihaknya menaikkan jumlah pengagihan kepada 15,000 bakul dalam fasa pertama berbanding sebelumnya iaitu 10,000 bakul makanan.

“Ini menunjukkan ramai golongan terjejas memerlukan bantuan makanan asas ketika negara masih lagi berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya selepas program pengagihan bakul makanan itu di Kampung Bukit Bangkong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, dalam menangani masalah itu, beliau percaya peruntukan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga akan dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Sebanyak RM300,000 peruntukan diberikan kepada setiap ahli Parlimen dan pengundi sesuatu kawasan bolehlah terus berhubung dengan pusat khidmat ahli Parlimen masing-masing, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Rina berkata, inisiatif gerobok rezeki merupakan inisiatif dalam kalangan masyarakat dan mereka mahu menyumbang kepada individu yang memerlukan.

“Usaha ini sangat baik dalam usaha kita membantu antara satu sama lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya