150 penduduk Kampung Portugis dipakai gelang pengawasan - Utusan Malaysia

150 penduduk Kampung Portugis dipakai gelang pengawasan

PETUGAS kesihatan dari PKD Melaka Tengah menjalankan ujian RT-PCR kepada 150 penduduk Kampung Portugis, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 150 penduduk termasuk kanak-kanak di Perkampungan Portugis di sini, dipakaikan gelang pengawasan selepas menjadi kontak rapat Kluster Jalan D’Aranjo.

Kesemua mereka dipakaikan gelang merah jambu itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah yang turut melakukan ujian saringan Real-Time Reverse Transcriptase-PCR (RT-PCR) bermula pukul 9 pagi, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, penduduk di kawasan tersebut mula menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sejak minggu lalu.

“Kita telah meminta agar penduduk untuk kekal di rumah bagi mengekang penularan Kluster Jalan D’Aranjo.

“Semalam seramai 150 penduduk termasuk kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya telah selesai menjalani ujian RT-PCR dan dipakaikan gelang merah jambu,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi sebanyak lima kali di perkampungan berkenaan.

Kluster D’Aranjo dikesan pada 14 Julai lalu selepas seorang lelaki berusia 20 tahun yang datang ke perkampungan tersebut untuk aktiviti kunjung-mengunjung disahkan positif pada 10 Julai.

Perkampungan masyarakat itu mempunyai populasi lebih 1,000 penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya