15 saat jangkitan Covid-19 berlaku melalui udara - Utusan Malaysia

15 saat jangkitan Covid-19 berlaku melalui udara

PETUGAS Pejabat Kesihatan Daerah Marang memberi dos suntikan vaksin Covid-19 kepada warga asing yang berada di Pulau Kapas. Seramai 60 orang telah menerima suntikan vaksin di Pulau Kapas termasuk 14 warga asing sebelum program itu akan diteruskan di Pulau Redang pada minggu depan dalam Siri Jelajah Vaksinasi melibatkan empat pulau terkemuka di Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya 15 saat, jangkitan Covid-19 boleh berlaku mengikut udara dengan varian baharu yang dilaporkan pada masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sifat virus tersebut berubah-ubah dan jika sebelum ini, kes kontak rapat terdedah kepada kes positif kira-kira 15 minit atau jarak kurang satu meter.

“Dimaklumkan dengan varian baharu ini jangkitan boleh berlaku 15 saat sahaja mengikut udara, jadi ini akan meningkatkan kebolehjangkitan dalam komuniti.

“Justeru teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan hidung, elakkan kawasan yang sesak dan sempit serta sentiasa membasuh tangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, selain melaksanakan langkah pencegahan, orang ramai juga disaran mengambil vaksin Covid-19 dalam membendung penularan jangkitan di dalam komuniti.

“Seluruh dunia turut terkesan dengan varian Delta (India) termasuk di negara jiran dan United Kingdom.

“Ia semakin menular dan sekarang ini, varian tersebut menjadi dominan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya